Archive | Custom Album/Photobook RSS feed for this section

Custom And Sticky Album

30 Jan

Custom And Sticky Album

Salam dan selamat sejahtera sepertin yang dijanjikan pada posting yang lepas. Kali nie nak post album Kak Hasnah dan Abg Isa yang telah siap jom tgk ade dua album 1 custom album dan 1 lagi sticky album..

Nie laah sticky album beliau..black insert

(more…)

Album Perkahwinan

31 Oct

Album Perkahwinan

Salam,hari nie den nak menulis sikit pasal album perkahwinan,apa dia custom album,size die macam mane?rupe bentuk die macam mane?page die kire cam ner..apa tuh custom sticky album, acrylic custom album tuh ape pulak?

InsyaAllah lepas dah bace posting nie baru taw ape tuh custom album dan album-album perkahwinan yang lain tuh.Ok  kat sini saya nak bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :

  • Custom Album
  • Photobook Album
  • Custom Sticky Album
  • Normal Sticky Album

CUSTOM ALBUM

Mula mula skali kita start dengan Custom Album.Custom Album nie ade dua,yang pertama gamba tuh didesign layoutnye atas saiz 8″x12″ bersamaan 8R dan diprint lalu ditampal diatas board keras yg telah melekat pada album tuh sendiri,nie style lama-lama tapi masih ade orang yg gunakan,walaupun old school tapi style.

Yang kedua pulak kita design layoutnye kat komputer ikut size yang ditempah contohnye 8″x12″ lepas tuh kita pilih kulit album tuh sendiri nak PVC Leather ke or nak Custom. Kalo yang PCV Leather cover die timbul teksturenya dan kosong takde ade ape-ape cuma ada teksture bunga-bunga or kulit pokok je. Jenis nie bila print die terus print atas board yang keras tuh kita boleh pilih nak paper ape,slalunye saya gunakan matted paper jadi kelebihan kat sini tak tertanggal la berbanding yg old school tuh.Kami gunakan yang nie untuk client-client kami.

Contoh kat bawah nie size 10″x24″ dengan acrylic cover ala-ala kaca gitu,berat tapi nampak esklusif.

Contoh kat bawah nie pulak size 8″x24″ dengan PVC Leather Cover,lawa jugak yg nie jatuh pon tak pecah.

Nie pulak contoh design Custom Cover untuk Custom Album.

Contoh layout dalaman Custom Album.

Pengiraan pages dan size  dalam custom album boleh tgk contoh kat bawah nie. Untuk size rasanya boleh paham dengan merujuk gambar kat bawah nie,tapi nie nak cerita pasal pengiraan muka surat dalam Custom album nie. Contohnya A + B dikira 1 (satu) page dan A atau B sahaja dikira 1(satu) mukasurat.

Selalunya standart custom album ada 20 mukasurat bersamaan dengan 10 page.

PHOTBOOK ALBUM

Photobook album nie pulak ala-ala majalah yang ade kat kedai tuh,material die sama cam kat kedai tuh,kertas die nipis. Yang nie pon boleh pilih sama ada nak yang custom page depan or nak yang hardcover je, Album jenis nie slalunye lebih murah berbanding Custom Album kat atas tuh,hasilnye pon menarik.

Contoh Photobook dengan hard cover.

CUSTOM STICKY ALBUM

Custom Sticky Album pulak sama dengan sticky album yang biasa nie kat mane yg nampak custom tuh? Yang custom tuh sebenarnye cover depan die di design dan diprint kemudianye dibalut.Bagi nampak menarik sikit berbanding Sticky Album biasa tuh. Biasanya photographer akan memberikan jenis yg hitam didalamnye dan print pulak 4R tuh ade border baru nampak pro dan contra nya kat situ.

Susunan letak gambar dalam sticky album nie mengikut kreativiti masing-masing la kan. Album jenis nie lebih murah berbanding dengan album-album kat atas tuh.

Nie contoh Custom Sticky Album

STICKY ALBUM

Sticky Album nie paling biasa skali,slalunye depan die hitam or warna warna lain, jenis nie ade jugak yang ade window soo boleh letak gamba kat depan tuh ,album nie pon slalu dalamnye berwarna hitam.Sama cam Custom Sticky Album tapi depan die kosong/plain je.

Nie Contohnye..

Soo lepas nie boleh la decide mane mane album yang nak, biarlah mengikut budget anda semua, tapi kenangan tuh penting, sekali sekala wat yang gempak ape salahnya kan? tepuk dada tanye selara.

Nazreen dan Aidawani

27 Oct

Nazreen dan Aidawani

Salam,nie nak posting photo wedding Abg Nazreen dan Kak Aida yang berlansung di Dewan Guthrie Bukit Jelutong ,Shah Alam.

Ade dua album yang perlu dihasilkan pertama album custom sticky dan custom album untuk kedua mempelai ini. Jom kite tgk custom album sticky dan gambar-gambar yg telah diambil,Thanks sebab mengambil kami menjadi official wedding photographer pada hari tersebut.






Tempoh custom album disiapkan

27 May

Tempoh custom album disiapkan

Salam dan Selamat Sejahtera,kali nie nak tulis artikel pasal tempoh custom album disiapkan dan pilih gambar sendiri atau kami yang pilihkan.Sememangnye lepas hari perkahwinan anda benda paling penting yang anda nak tgk mestilah gambar majlis perkahwinan anda bukan?
Disini anda boleh lihat betapa pentingnye wedding photographer/jurugambar untuk majlis perkahwinan anda. Untuk melihat gambar majlis perkahwinan anda,mana mana photographer mempunyai cara/style mereka tersendiri untuk menghasilkan sebuah album yang baik, antara aspek yg perlu diambil kira adalah masa untuk menyiapkannya dan pemilihan gambar dalam album tersebut.

Betul dan saya setuju anda mempunyai hak mutlak untuk memilih gambar-gambar tersebut untuk album anda,tetapi adakah anda mempunyai masa untuk memilih beribu-ribu keping gambar yang dihasilkan dalam masa yang telah ditetapkan oleh photographer?

Rata-rata masa yang diambil untuk menyiapkan custom album ini memakan masa 1-2 bulan bergantung kepada banyak aspek. Biasanye album dapat disiapkan dengan cepat jika tiada pemilihan gamba oleh pengantin, photographer juga akan memilih gambar yang terbaik untuk anda jadi janganlah risau dengan masaalah itu, kerana photographer lebih mahir dalam kerja yang mereka lakukan. Disini sy ketengahkan cara tempoh masa kami melakukan custom album

Majlis perkahwinan anda ( rakaman telah tamat dilakukan )
5 hari – dihantar kepada designer
4 hari – pemilihan gambar oleh designer
10 hari – design layout + touch up gambar/editing
14 hari – album anda di print
1-2 hari – album dihantar pada masa terdekat

Semuanya hanya mengambil masa 32 hari untuk disiapkan,tanpa pemilihan gamba oleh anda, jika pemilihan dilakukan oleh anda mungkin mengambil masa 7-14 hari,disini telah menambah masa untuk proses selanjutnya dilakukan ,ada  pro dan contranya jika ini semua dilakukan oleh photographer anda.

Setelah saya menulis artikel ini diharap anda/bakal pengantin dalam sedikit info berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan custom album dan pemilihan gambar,jadi anda boleh pilih mana-mana yang anda rasa selesa.

Ape-ape pun terima kasih berjuta juta lemon..

Custom Album Design

7 May

Custom Album Design

Pheww..sibuk gile minggu nie manakan nak exam lagi. Entry kali nie pasal design custom album untuk wedding Wan Se’agar dan Sharifah Suhailah yang berlangsung di Dewan MBSA ,Shah Alam.

Majlis juga turut dihadiri oleh para VIP termasuk Kaum Kerabat Diraja Selangor,Terima Kasih kepada pengantin kerana memberi peluang kepada kami untuk mejadi Official Wedding Photographer untuk majlis perkahwinan anda.

Untuk desingn lain tunggu yer..ade banyak lagi ni

e..tak sempat nak upload je..wait ya..jgn lupa komen taw..Salam.

*klik untuk besarkan gambar

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.