Salam dan Selamat Sejahtera,kali nie nak tulis artikel pasal tempoh custom album disiapkan dan pilih gambar sendiri atau kami yang pilihkan.Sememangnye lepas hari perkahwinan anda benda paling penting yang anda nak tgk mestilah gambar majlis perkahwinan anda bukan?
Disini anda boleh lihat betapa pentingnye wedding photographer/jurugambar untuk majlis perkahwinan anda. Untuk melihat gambar majlis perkahwinan anda,mana mana photographer mempunyai cara/style mereka tersendiri untuk menghasilkan sebuah album yang baik, antara aspek yg perlu diambil kira adalah masa untuk menyiapkannya dan pemilihan gambar dalam album tersebut.
Betul dan saya setuju anda mempunyai hak mutlak untuk memilih gambar-gambar tersebut untuk album anda,tetapi adakah anda mempunyai masa untuk memilih beribu-ribu keping gambar yang dihasilkan dalam masa yang telah ditetapkan oleh photographer?

Rata-rata masa yang diambil untuk menyiapkan custom album ini memakan masa 1-2 bulan bergantung kepada banyak aspek. Biasanye album dapat disiapkan dengan cepat jika tiada pemilihan gamba oleh pengantin, photographer juga akan memilih gambar yang terbaik untuk anda jadi janganlah risau dengan masaalah itu, kerana photographer lebih mahir dalam kerja yang mereka lakukan. Disini sy ketengahkan cara tempoh masa kami melakukan custom album
Majlis perkahwinan anda ( rakaman telah tamat dilakukan )
5 hari – dihantar kepada designer
4 hari – pemilihan gambar oleh designer
10 hari – design layout + touch up gambar/editing
14 hari – album anda di print
1-2 hari – album dihantar pada masa terdekat

Semuanya hanya mengambil masa 32 hari untuk disiapkan,tanpa pemilihan gamba oleh anda, jika pemilihan dilakukan oleh anda mungkin mengambil masa 7-14 hari,disini telah menambah masa untuk proses selanjutnya dilakukan ,ada pro dan contranya jika ini semua dilakukan oleh photographer anda.
Setelah saya menulis artikel ini diharap anda/bakal pengantin dalam sedikit info berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan custom album dan pemilihan gambar,jadi anda boleh pilih mana-mana yang anda rasa selesa.
Ape-ape pun terima kasih berjuta juta lemon..
Recent Comments